KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Bhd Tony Fernandes telah menandatangani kontrak perkhidmatan baharu untuk tempoh lima tahun akan datang, meneruskan peranannya untuk menumpukan kepada memacu pertumbuhan masa depan dan pulangan kewangan kumpulan.
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Capital A Datuk Fam Lee Ee berkata, lembaga pengarah telah meluluskan pakej insentif, yang dirancang untuk menyelaraskan kepentingan CEO dengan pemegang saham dan memastikan komitmen bersama untuk memacu kejayaan jangka panjang dan kemampanan kumpulan.
"Peranan beliau merangkumi mengemudi Capital A ke arah memanfaatkan potensi nilai pemegang saham yang dipertingkat melalui pelaksanaan urus niaga yang menguntungkan di segenap entiti kumpulan dalam Capital A," katanya pada taklimat media hari ini.
Menurutnya pakej insentif dan perinciannya akan dibentangkan kepada pemegang saham untuk kelulusan mereka pada mesyuarat agung luar biasa yang akan datang.
"Fernandes telah memperlihatkan kebolehan yang tiada tandingan untuk berjaya mentransformasi Capital A dalam memacu pertumbuhan dan memberikan pulangan kewangan, meraih reputasi sebagai antara CEO dunia yang cemerlang," katanya.
Fam berkata Fernandes telah menetapkan Capital A pada laluan strategik yang baik untuk penciptaan nilai yang berterusan, dan lembaga pengarah memutuskannya demi kepentingan pemegang saham untuk melanjutkan tempoh perkhidmatannya.
"Kami yakin, di bawah bimbingan beliau, kami akan mencapai kejayaan penting yang lebih besar pada tahun-tahun akan datang," katanya.
Sementara itu, Fernandes berkata beliau menjangka Teleport, MOVE Digital, Capital A Aviation Services Group (CAPAS) dan Capital A International berkembang sebagai syarikat awam tersenarai berasingan dalam tempoh lima tahun akan datang.
"Mereka akan berkongsi DNA asas AirAsia, dengan ciri kos rendah, kecekapan tinggi dan komitmen tanpa henti untuk menjadi pengganggu pasaran yang bebas dan berdaya tahan," katanya.
Beliau juga akan menumpukan kepada memberi semula nilai terhadap pemegang saham dalam tempoh barunya ini di samping menghasilkan strategi jangka terhad untuk kumpulan, meninggalkan status PN17 dan mengukuhkan lembaran imbangannya.
Selain memperbaharu tempoh itu, Tony juga dilantik selaku penasihat dan pengelola untuk CEO AirAsia Aviation Group memandangkan kumpulan syarikat penerbangan itu memulakan era baharu transformasi dan pertumbuhan.
Pengerusi AirAsia Aviation Group Tan Sri Jamaludin Ibrahim berkata Fernandes akan menawarkan pemerhatian strategik terhadap AirAsia Aviation Group, meliputi rancangan pengembangan dan penggantian serta menjadi saluran utama antara Capital A dan ekosistem perniagaan penerbangan untuk memastikan keseluruhan peluang bersama dimanfaatkan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2024
Tony Fernandes meneruskan peranannya untuk menumpukan kepada memacu pertumbuhan masa depan dan pulangan kewangan kumpulan. - Gambar/ Reuters
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tony Fernandes lanjut kontrak 5 tahun sebagai CEO Capital A
CEO Capital A Bhd Tony Fernandes telah menandatangani kontrak perkhidmatan baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.
Standard Chartered Saadiq Malaysia lantik Bilal Parvaiz sebagai CEO
Standard Chartered Saadiq Malaysia melantik Bilal Parvaiz sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa 15 Mac 2024.
'Bagaimana nak jual, KL Rovers bukan milik KLFA'
Kuala Lumpur (KL) Rovers FC mempersoalkan hak Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) untuk menjual kelab itu sedangkan ia adalah ahli gabungan sejak tahun 2021.
Bukan untuk djual, KL Rovers hanya sedia runding jual pegangan saham
Kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad, mengenai penjualan kelab Kuala Lumpur (KL) Rovers, semata-mata demi menampung masalah kewangan adalah tidak tepat.
Intel tawar perkhidmatan pengeluaran cip kepada AMD, NVIDIA, Qualcomm
Apabila Intel Foundry Services beroperasi secara sepenuhnya, Intel akan mempunyai kemampuan untuk membangunkan cip intel tersuai yang hadir dengan teknologi terbina.
Pengerusi, CEO Aman Palestin didakwa lebih 100 tuduhan pecah amanah, tipu, pengubahan wang haram
Dua pegawai pengurusan tertinggi Aman Palestin Bhd (Aman Palestin), mengaku tidak bersalah pecah amanah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini.
KDA FC umum Shahrul Samsudin pangku tugas CEO
Keputusan itu bertujuan melancarkan pentadbiran dan urusan semasa kelab selepas Khamal Idris Ali meletakkan jawatan tersebut.
KWSP umum pelantikan Ahmad Zulqarnain sebagai CEO baharu
Ahmad Zulqarnain akan menggantikan Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, yang telah dilantik sebagai Menteri Kewangan II.
Discord berhentikan ratusan pekerja
Keputusan itu adalah sebahagian daripada usaha Discord untuk meningkatkan kecekapannya.